Sunday, September 27, 2009

business trademark


logo ni aku just design for future business....advertising or whatever..insyallah. minat aku pada design2 logo ni dari dulu lagi..ada masa je aku creat la apa2 yg terlintas dlm pikiran aku ni..maka terhasil le masterpiece for kolesksi peribadi aku. he he he



Friday, September 25, 2009

Monday, September 14, 2009

Bicara HambaMu: Doa-Doa Yang Makbul


Subhanaallah Ya Allah

Tiba-tiba dalam keheningan subuhMu..jiwa aku diselubungi keresahan..kegelisahan, entah apa sebabnya, datang perasaaan ini muncul dalam saatku sedang mengharap sesuatu..sesuatu yang hanya aku je mengerti..Apakah kerana hati aku ni sedang bertasbih padaNya, meminta ampunan atas dosa-dosa yang dilakukan selama ni..dalam subuh yang singkat ini, aku memanjatkan doa semoga permintaanku di pagi ini dimakbulkan olehMu..aku nantikan satu doa diatas sejadah berhadapan kiblatMu ini dijawab suatu hari nanti olehMu Ya Allah..Insyaallah.. Seperti Engkau janjikan.."Berdoalah dan mintalah padaku..nescaya Aku tunaikan, lihat betapa Allah s.w.t membantu setiap langkah dan perjalanan hamba-hambaNya. Apabila dia berkata "KUN FA YAKUN"..maka JADILAH. Justeru itulah aku harus bersyukur setiap saat..Allahu akbar! Allah Maha Besar.


Bismillahirrahmanirrahim...Ya Allah! makbulkanlah segala doa-doa hambaMu ini..setiap panjatan dan pengharapan hanya padaMu Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..sesungguhnya Engkau tahu apa ada dalam jiwaku. Maka Engkau kabulkan doaku.. ampunkanlah segala dosa-dosaku dan kedua-dua ibubapaku..juga dosa-dosa orang yang aku sayangi, saudara-saudaraku, sahabat handaiku dan kaum muslimin dan musliman, mukminin dan mukminan sekalian...Ya Allah..amin..amin ya rabbal alamin..


"katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untukMu Ya Allah, Tuhan Alam semesta."


Aku pasrah dengan redha..aku menyerah dengan bersujud..dalam titisan butir-butir airmata yang mengalir merasakan dosa tidak terhingga membuatkan aku tidak berdaya..lemah memikulnya. Sesungguhnya Engkau Maha adil dalam segala merencanakan dan mempermudahkan segala doa-doa hambaMu ini..Tapi Ya Allah, kekadang aku lemah..sangat lemah dalam langkahku ini..namun aku tidak pernah putus asa mengharapkan rahmatMu aku menjadi hambaMu yang punya tempat disisiMu.

Aku masih tidak melupakan kata-kata yang pernah aku terbaca semasa aku menunaikan solat tarawih di satu masjid pada malam 16 ramadhan..kaku aku seketika..terdetik hati aku masa tu..pernah ke aku pikir kan hal tersebut sebelum ni..aku harap korang yang sama-sama baca kata-kata ni..harap jadikan ia sebagai penguat semangat..insyallah..baca dan renung2 kan lah..

Kasih Allah s.w.t

Sekiranya doa hambaNya itu CEPAT dimakbulkan..sesungguhnya Allah s.w.t menyayangi hambaNya itu.

Sekiranya doa hambaNya itu LAMBAT dimakbulkan..sesungguhnya Allah s.w.t sedang menguji hambaNya itu.

Sekiranya doa hambaNya itu TIDAK dimakbulkan..sesungguhnya Allah s.w.t merancang sesuatu yang lebih baik untuk hambaNya itu.

Tiba-tiba je aku sebak sendiri..aku tahan kesedihan dengan senyuman..rupa-rupanya Engkau menguji dan merancang sesuatu untuk aku selama ni..aku tidak sanggup membohongi jiwaku sendiri..aku tidak sanggup lagi..aku mohon berikan aku sedikit kebahagian..amin.

Just pendapat aku je..Janganlah kita sebagai hambaNya bersangka buruk pada Allah s.w.t..Sesungguhnya DIA Maha Adil..Maha Mengasihi setiap hambaNya..mana mungkin kita mengelak daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah s.w.t..yang mampu kita lakukan hanyalah mempertingkatkan tahap kebergantungan kita padaNya..disamping itu berusahalah sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah..tidak salah kita menyeselaikan masalah yang menimpa..bahkan kita memang dituntut untuk berbuat demikian...

DOA-DOA YANG MAKBUL

  1. Orang yang terdesak
  2. Orang yang teraniaya/dizalimi
  3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua-dua ibubapanya
  4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim

Tanda-tanda doa yang makbul

  1. Terasa sesuatu yang menakutkan
  2. Menangis tatkala berdoa
  3. Terasa menggeletar

Cara-cara berdoa

  1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah pernah bersabda: "sesungguhnya Allah s.w.t amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa."
  2. Menghadirkan diri pada Allah s.w.t dengan penuh kekhusyukan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai
  3. Hendaklah minum, makan, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah s.w.t itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka
  4. Doa itu bukan bertujuan melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut
  5. Digalakkan banyak menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah dam selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan para sahabat
  6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya)

faqirqalam..subhanallah



Friday, September 4, 2009

Bicara HambaMu: 20 Amalan Murah Rezeki

Bismillahirahmanirahim..dengan namaMu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Sesungguhnya Engkau Maha Agung dan Adil. Setiap apa jua kebaikan, rezeki dan segala nikmat yang aku terima selama ni aku bersyukur padaMu Ya Allah. Segala hal yang membawa aku kesedihan, aku redha..tiada daya upaya untuk aku melawan hanya bertwakal kepadaMu." - faqirqalam.

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)



5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


faqiqalam...

Thursday, September 3, 2009

PROJEK SOHO: PEJABAT DI RUMAH

Small Office Home Office….
Aku tau berkenaan SOHO ni dari brader sulung aku masa tu dia bujang lagi…keje kat KL, 8 tahun yang lalu. Dia la yang telah memperkenalkan pada aku Konsep SOHO ni..aku teruja sgt. Aku suka tgk deko pejabat brader aku masa kat flat yang disewa dulu. Dari situ aku mula pasang impian utk buat satu ruang pejabat bila aku dah ada rumah sendiri.he.he.he.


Selepas beberapa tahun, aku dah dapat keje tetap..dah kawin..tp yang paling best aku dah ada rumah sendiri..Ha ha ha. Aku beli rumah tu hasil penak lelah bekerja dengan wife aku selama ni. Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah! Rumah aku ni ada 3 bilik, aku gunakan bilik ke-3 sebagai ruang pejabat seperti yang aku nak selama ni. Maklum la hanya tinggal berdua dengan wife je.



Buat masa ni, aku gunakan ruang tamu untuk buat2 keje ofis dan layan blog. Aku menggunakan laptop untuk memudahkan keje2 aku tu. Actually, ruang tu, bukannya aku nak buat keje berteraskan perniagaan online mcm orang lain, cari pendapatan dari rumah. Aku just nak adakan satu ruang untuk relaks2 sambil melayari tenet..aku suka tentang deko2 ni…buat jiwa aku ni tenang.



Inilah wajah2 SOHO / workstation aku. Buat masa ni memang tidak lengkap seperti apa yang aku rancangkan. Sekarang ni, bilik tu masih in progress..kena bajet beli kelengkapan dan cat., insyallah..after raya ni aku cuba siapkan..dah siap nanti aku tunjukkan pada korang. Yang penting, aku dah ada ruang untuk mulakan projek SOHO tu

Kelebihan Konsep SOHO – Bekerja Dari Rumah

  • Antara kelebihan bekerja dari rumah adalah membolehkan individu bekerja secara anjal dan selesa di rumah sendiri. Tidak terikat dengan peraturan pejabat.
  • Konsep SOHO ni membolehkan seseorang menjalankan perniagaan sendiri dari rumah di samping mengurangkan perbelanjaan membuka perniagaan di luar.
  • Kemunculan Konsep SOHO ni bukan sahaja membuka peluang meningkatkan produkiviti kaum ibu, malah memberi peluang kepada mereka menumpukan lebih perhatian terhadap anak-anak dan urusan rumahtangga.

kalu korang kat luar sana minat dengan Konsep SOHO ni, ada beberapa tips yang kita boleh kongsikan:


1. Pemilihan ruang atau tempat – Pilih sudut yang sesuai untuk dijadikan tempat bekerja. Kalau boleh ruang tu jarang digunakan oleh ahli keluarga yang lain. Ruang atau bilik tu haruslah mempunyai pencahayaan yang cukup dan selesa untuk bekerja. Apa yang penting suasananya memberi ruang kepada korang bekerja tanpa gangguan. Pilihan terbaik mungkin salah satu bilik di tingkat atas(jika rumah dua tingkat/lebih) atau bilik yang agak berasingan atau mana-mana ruang yang selesa bagi korang. Pilih ruang yang bedekatan dengan soket elektrik.

2. Pemilihan warna dan perabot adalah penting - Selepas memilih bilik, fikirkan dengan berhati-hati barang keperluan untuk pejabat. Beli barang-barang yang diperlukan sahaja, barang terpakai pun boleh. Pilihan warna untuk dinding pejabat biarlah sesuai dan memberi ketenangan dan keceriaan pada diri korang sendiri. Dengan sedikit tips ni, korang akan mempunyai ruang pejabat di rumah yang eisien dan efektif.




Gambar2 diatas ni adalah antara koleksi2 rujukan aku untuk projek SOHO.

Trend bekerja dari rumah ni semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita sekarang. SOHO bukan saja tertumpu kepada perniagaan internet sahaja kerana semua pekerjaan boleh dilakukan di rumah seperti membuka kelas tuisyen, kelas menjahit atau masakan.



faqirqalam.....