Thursday, September 3, 2009

PROJEK SOHO: PEJABAT DI RUMAH

Small Office Home Office….
Aku tau berkenaan SOHO ni dari brader sulung aku masa tu dia bujang lagi…keje kat KL, 8 tahun yang lalu. Dia la yang telah memperkenalkan pada aku Konsep SOHO ni..aku teruja sgt. Aku suka tgk deko pejabat brader aku masa kat flat yang disewa dulu. Dari situ aku mula pasang impian utk buat satu ruang pejabat bila aku dah ada rumah sendiri.he.he.he.


Selepas beberapa tahun, aku dah dapat keje tetap..dah kawin..tp yang paling best aku dah ada rumah sendiri..Ha ha ha. Aku beli rumah tu hasil penak lelah bekerja dengan wife aku selama ni. Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah! Rumah aku ni ada 3 bilik, aku gunakan bilik ke-3 sebagai ruang pejabat seperti yang aku nak selama ni. Maklum la hanya tinggal berdua dengan wife je.



Buat masa ni, aku gunakan ruang tamu untuk buat2 keje ofis dan layan blog. Aku menggunakan laptop untuk memudahkan keje2 aku tu. Actually, ruang tu, bukannya aku nak buat keje berteraskan perniagaan online mcm orang lain, cari pendapatan dari rumah. Aku just nak adakan satu ruang untuk relaks2 sambil melayari tenet..aku suka tentang deko2 ni…buat jiwa aku ni tenang.



Inilah wajah2 SOHO / workstation aku. Buat masa ni memang tidak lengkap seperti apa yang aku rancangkan. Sekarang ni, bilik tu masih in progress..kena bajet beli kelengkapan dan cat., insyallah..after raya ni aku cuba siapkan..dah siap nanti aku tunjukkan pada korang. Yang penting, aku dah ada ruang untuk mulakan projek SOHO tu

Kelebihan Konsep SOHO – Bekerja Dari Rumah

  • Antara kelebihan bekerja dari rumah adalah membolehkan individu bekerja secara anjal dan selesa di rumah sendiri. Tidak terikat dengan peraturan pejabat.
  • Konsep SOHO ni membolehkan seseorang menjalankan perniagaan sendiri dari rumah di samping mengurangkan perbelanjaan membuka perniagaan di luar.
  • Kemunculan Konsep SOHO ni bukan sahaja membuka peluang meningkatkan produkiviti kaum ibu, malah memberi peluang kepada mereka menumpukan lebih perhatian terhadap anak-anak dan urusan rumahtangga.

kalu korang kat luar sana minat dengan Konsep SOHO ni, ada beberapa tips yang kita boleh kongsikan:


1. Pemilihan ruang atau tempat – Pilih sudut yang sesuai untuk dijadikan tempat bekerja. Kalau boleh ruang tu jarang digunakan oleh ahli keluarga yang lain. Ruang atau bilik tu haruslah mempunyai pencahayaan yang cukup dan selesa untuk bekerja. Apa yang penting suasananya memberi ruang kepada korang bekerja tanpa gangguan. Pilihan terbaik mungkin salah satu bilik di tingkat atas(jika rumah dua tingkat/lebih) atau bilik yang agak berasingan atau mana-mana ruang yang selesa bagi korang. Pilih ruang yang bedekatan dengan soket elektrik.

2. Pemilihan warna dan perabot adalah penting - Selepas memilih bilik, fikirkan dengan berhati-hati barang keperluan untuk pejabat. Beli barang-barang yang diperlukan sahaja, barang terpakai pun boleh. Pilihan warna untuk dinding pejabat biarlah sesuai dan memberi ketenangan dan keceriaan pada diri korang sendiri. Dengan sedikit tips ni, korang akan mempunyai ruang pejabat di rumah yang eisien dan efektif.




Gambar2 diatas ni adalah antara koleksi2 rujukan aku untuk projek SOHO.

Trend bekerja dari rumah ni semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita sekarang. SOHO bukan saja tertumpu kepada perniagaan internet sahaja kerana semua pekerjaan boleh dilakukan di rumah seperti membuka kelas tuisyen, kelas menjahit atau masakan.



faqirqalam.....

1 comment: